PENGARUH SISTEM MATRILINEAL DALAM ADAT NEGERI SEMBILAN: PERSPEKTIF SYARAK

Main Article Content

Fithriah Wardi

Abstract

Adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning serta Alor Gajah Melaka bermula dari dua bersudara Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Katamanggungan. Keduanya memiliki pertalian darah sama ibu namun berlainan bapak. Datuk Perpatih Nan Sebatang adalah pengasas kepada adat perpatih dan Datuk Katamanggungan adalah pengasas kepada adat temenggong. Adat perpatih mengamalkan sistem matrilineal yang mengambil garis keturunan dari sebelah ibu. Sedangkan adat temenggong mengamalkan sistem garis keturunan dari sebelah bapak. Dan inilah perbezaan yang mendasar antara adat perpatih dengan adat temenggong. Sistem matrilineal yang diamalkan dalam adat Perpatih memberikan pengaruh yang sangat besar bagi pelaksanaan adat. Misalnya dalam perkahwinan dan politik, sistem matrilineal memegang peranan yang sangat penting bagi terlaksananya dua perkara ini . Ramai yang beranggapan bahawa sistem matrilineal yang diamalkan ini bertentangan dengan amalan syarak, kerana menjadikan susur alur wanita sebagai penentu bagi pelaksaan perkahwinan dan politik. Menerusi artikel ini penulis akan berusaha menghuraikan beberapa isu mengenai perkahwinan, perceraian, dan politik dalam adat perpatih, serta pandangan syarak terhadap sistem matrilineal yang diamalkan dalam adat ini.

Article Details

How to Cite
WARDI, Fithriah. PENGARUH SISTEM MATRILINEAL DALAM ADAT NEGERI SEMBILAN: PERSPEKTIF SYARAK. Malaysian Journal of Syariah and Law, [S.l.], v. 8, n. 1, p. 83-91, nov. 2018. ISSN 2590-4396. Available at: <http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/146>. Date accessed: 12 dec. 2018.
Section
Articles

References

Al-Qur`an al-Karim.
Abu Muhammad muwaffiquddin Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah (1405H). Al-Mughni, Darul Fikr, Beirut.
Ali as-Sa`idy al-`Adawy (1412 H). Hasyiyah al-Adawi.
Ahmad bin Abdul Aziz al-Haddad (2007). Zawaj al-Aqarib Bayn al-Fiqh wat-Tib, Pan Arab Human Genetics Conference 2007.
Ibnu Hajar al-Asqalani (1997). Talkhis al-Habir, Mu`assasah Qurthubah.
Ibnu Abdul Bar al-Ashim an-Namary al-Qurtubi (t.t). al-Intiqa` Fi Fadha’il ats-Tsalatsah al-A’immah al-Fuqaha Malik Wasy-Syafi’iWa Abi Hanifah Radhiyallahu ‘Anhum, Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.
Khalid bin Bonget (2007). Adat Semenda Menyenda Dalam Adat Perpatih Di Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Kamaluddin bin al-Hummam (1424 H). Syarh Fath al-Qadir Ala al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi, Darul Kutub al-Ilmiyyah-Beirut.
Muhammad bin Ahmad al-Khatib asy-Syarbini (1994). Mughni al-Muhtaj, Darul Fikr, Beirut.
Muslim bin al-Hajjaj Abu al-Hasan al-Qusyairi. (t.t). Sahih Muslim. Dar Ihya Turas al-Arabi, Beirut.
Musthafa as-Suyuthi Ar-Rahaybani (1961). Mathalib Ulin-Nuha Fi Syarh Ghayah al-Muntaha Wa Tajrid az-Zawa`id al-Ghayah wasy-Syarh, al-Maktab al-Islami.
Mohd Rosli Saludin (2011). Peranan Ibu Soko Dalam Adat Perpatih Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Noor Aziah Mohd Awal (2005). Wanita Dalam Adat Perpatih Di Negeri Sembilan. Kertas kerja.
Norhalim Hj Ibrahim (2007). Perkahwinan Adat Di Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Nik azam Masri Nik Mahmood (2004). Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan di Negeri Kelantan; Kajian kes di antara Tahun 1999-2003, (Disertasi Sarjana Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, h 14).
Norhalim Hj Ibrahim (1997). Sistem Perkahwinan Adat Di Negeri Sembilan. Lembaga Muzium Negeri Sembilan.