PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN

Main Article Content

Abd Hamid Abd Murad et al

Abstract

Fenomena tanah terbiar adalah permasalahan yang dialami oleh setiap negeri di Malaysia. Negeri Sembilan juga tidak terlepas dari permasalahan ini. Akan tetapi keadaan di Negeri Sembilan agak berbeza. Ini adalah kerana kategori tanah terbiar juga merangkumi tanah adat yang terbiar. Tanah adat adalah tanah yang dimiliki oleh suku dari mereka yang mengamalkan Adat Perpatih.  Adat Perpatih merupakan adat yang unik dan telah sekian lama diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan khasnya dan penduduk Melaka secara amnya. Namun begitu, suatu dilema telah dikenalpasti terhadap pembangunan tanah adat ialah cadangan pembangunan yang bakal dilakukan ke atas tanah adat hendaklah mendapat persetujuan pemilik dan Lembaga Tanah Adat terlebih dahulu. Tanah adat juga tidak boleh dicagarkan kepada mana-mana institusi kewangan untuk mengelakkan tanah tersebut digadai sekiranya pencagar gagal melunaskan pinjaman yang bersandarkan tanah adat tersebut. Disebabkan kekangan ini, pihak pemaju dari sektor swasta kurang berminat untuk memajukan tanah adat tersebut. Kertas ini bertujuan untuk menggenalpasti konsep yang sesuai yang boleh diaplikasi untuk membangunkan tanah adat. Konsep tersebut dijangka boleh dijadikan sebagai satu asas dalam meningkatkan kefahaman pemilik dan bakal pemaju terhadap pembangunan tanah adat. Justeru konsep ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam usaha untuk membangunkan tanah adat di Negeri Sembilan.

Article Details

How to Cite
ABD MURAD ET AL, Abd Hamid. PEMBANGUNAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: HALATUJU DAN CABARAN. Malaysian Journal of Syariah and Law, [S.l.], v. 5, n. 1, aug. 2017. ISSN 1985-7454. Available at: <http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/50>. Date accessed: 21 sep. 2017.
Section
Articles

References

Ahmad Nazri Abdullah. 1985. Melayu dan Tanah. Media Intelek Sdn Bhd.
Abdul Aziz Hussin et al. 2004. Setinggan Isu Pengurusan, Undang-Undang Dan Pembangunan Harta Tanah. Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Aditya Christy Hanggara. 2013. “Perlaksanaan Konversi Hak Atas Tanah Adat (Letter C) Menjadi Hak Milik di Kabupaten Magelang”. Fakulti Hukum Universitas Atma Jaya Yagyakarta.
Hajah Makiah Tussaripah Hj Jamil & Jamaliah Mohd Taib. t.t. “Kajian Adat Perpatih di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam”. Universiti Teknologi Mara.
Mohd Rosli Mohamad dan Mohamed Aslam Gulam Hassan. 2000. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Universiti Malaysia. Kuala Lumpur.
Mohd Rosli Mohamad. 2000. Industri Kecil dan Sederhana Landasan Pembangunan Usahawan. Universiti Malaysia. Kuala Lumpur.
Malaysia. Ringkasan Data Tanah Terbiar Mengikut Daerah Negeri : Negeri Sembilan , 3 Januari 2016
Nadzan Haron. 1997. Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800-1960. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
Nik Mustapha Nik Hassan. 1999. Konsep dan Pelaksanaan Wakaf di Malaysia. Institut Kefahaman Islam Malaysia. Kuala Lumpur.
Negeri Sembilan. t.t. Pentadbiran Tanah Adat di Bawah Enakmen Pemegangan Adat Bab 215 dan Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) Tahun 1960.
Othman Ishak. 1997. Hubungan Antara Undang-Undang Islam Dengan Undang-Undang Adat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Roswati Yaakub. 1997. “Dilema Tanah Adat Abad ke 20: Tinjauan Daerah Rembau, Negeri Sembilan”. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.