KAEDAH PELAKSANAAN SISTEM DIAT DALAM KES-KES KEMALANGAN JALANRAYA DI MALAYSIA; SATU TINJAUAN AWAL

Method Execution of Diat System in Road Accident Cases in Malaysia; An Initial Review

Authors

  • Lukman Abdul Mutalib
  • Muhammad Aunurrachim Mas’ad
  • Resali Muda
  • Zulkifli Hasan
  • Lukmanul Hakim Hj Hanafi

DOI:

https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no2.69

Keywords:

Takaful, Takaful Diat, insuran kemalangan Islam, pampasan kemalangan, Tort Islam

Abstract

Salah satu perkara yang menjadi topik besar di Malaysia sekarang ini ialah kadar kemalangan jalan raya yang sangat tinggi. Secara ringkasnya terdapat 2 isu utama dalam tajuk ini, iaitu isu kemalangan dan isu pampasan. Melihat kepada isu kemalangan, satu kajian oleh ESCAP (Economic and Social Commission for Asia and the Pacific) iaitu satu badan di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pembangunan alam sekitar di Asia Pasifik menunjukkan Malaysia mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi di dunia dan tempat ketiga bagi kemalangan jalan raya secara umumnya. Satu kajian lain juga menunjukkan lebih 85 peratus punca kemalangan adalah disebabkan oleh sikap pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri. Berhubung isu pampasan, menurut statistik Ops Sikap 24, 62% daripada mereka yang terlibat dengan kemalangan maut adalah penunggang dan pembonceng motosikal. Rata-rata mangsa adalah masyarakat berpendapatan sederhana dan tidak memiliki insurans. Apabila berlaku kemalangan, mangsa akan menanggung kerugian kerana tiada pampasan untuk mangsa. Sekalipun mereka boleh menuntut pampasan melalui undang-undang Tort, namun ia terpaksa melalui proses yang berasingan dan memerlukan kos tambahan. Akibatnya mangsa kekal dalam keadaan menderita dan haknya terabai. Walaupun berbagai usaha telah dilakukan melalui pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan lain-lain untuk membudayakan pemanduan berhemah, Namun masih belum menampakkan hasil yang memuaskan. Manakala dari aspek pampasan, boleh dikatakan belum ada satu kajian yang konkrit telah dilakukan. Justeru, kajian ini akan meninjau kelebihan sistem diat dalam menangani kedua-dua isu di atas  sekali gus merumuskan kaedah pelaksanaan sistem diat di Malaysia. Metodologi kajian berasaskan kaedah mix metode iaitu temubual pakar dan kajian tinjauan (survei). Sampel kajian terdiri daripada tenaga akademik, para mufti dan ulama,  peguam, ahli undang-undang dan orang awam. Teknik persampelan menggunakan kaedah purposive sampling dan simple random  sampling procedure. Data dianalisis secara deskriftif dan analisis SPSS. Dapatan kajian menunjukkan kesemua responden bersetuju sistem diat perlu diperkenalkan di negara ini dengan mewujudkan undang-undang bertulis yang lengkap serta melibatan semua agensi yang berkaitan bagi memudahkan proses pelaksanaannya.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Lukman Abdul Mutalib

Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Muhammad Aunurrachim Mas’ad

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Resali Muda

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Zulkifli Hasan

Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Lukmanul Hakim Hj Hanafi

Pensyarah, Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

References

Al-Qur’an Al-Karim
Abu al-Hasan al-Malikiy. 1412 H. Kifayat al-Talib. Beyrut: Dar al-Fikr.
Al-Butiy. 1390 H. Rawd al-Murabba’. Riyad: Maktabah al-Riyad al-Haditsah.
Al-Ramly. T.t. Nihayah al-Muhtaj. Al-Qahirah: Mustafa al-halabiy.
Al-Dar al-Qutniy, Amr bin Syu’aib (t.t) Sunan al-Dar al-Qutniy. Tahqiq Sayyid Abd Allah Hasyim al-Yamaniy al-Madaniy. Jil3. Beirut: Dar Ma’rifah.
Pallant, J. (2005). SPSS Survival Manual 2nd edition: A Step By Step Guide To Data Analysis Using SPSS for Windows (Version 12). United Kingdom: Open University Press.
Al-Juzary, Abu al-A’adaat Mubarak b Muhammad (1979) AL-Nıhayat Fi Gharib al-Hadis Wa al-Athar. Beirut. Maktabah al-‘Ilmiyyah.
Kamal Jawdah Abu al-Mu’aty (1987) ‘Uqubat al-Jinayah ‘Ala Ma Duna al-Nafs Fi al-Syari’at al-Islamiyyah. Cairo: Dar al-Huda.
Lukman Abdul Mutalib (2004) Diat Mengikut Realiti Kehartaan dan Kekeluargaan di Malaysia. Tesis Ph.D. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
Utusan Malaysia bertarikh 27-10-2000

Downloads

Published

2017-12-29

How to Cite

Abdul Mutalib, L., Mas’ad, M. A., Muda, R., Hasan, Z., & Hj Hanafi, L. H. (2017). KAEDAH PELAKSANAAN SISTEM DIAT DALAM KES-KES KEMALANGAN JALANRAYA DI MALAYSIA; SATU TINJAUAN AWAL: Method Execution of Diat System in Road Accident Cases in Malaysia; An Initial Review. Malaysian Journal of Syariah and Law, 5(2), 194–213. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no2.69

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.