KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: RUJUKAN KES-KES DALAM JURNAL HUKUM

Authors

  • Amir Husin Moh Nor Faculty of Shariah and Law , Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/mjsl.vol6no3.134

Keywords:

Kata Kunci; Undang-undang Keterangan Islam, hibah, kaedah pembuktian, kesaksian, qarinah.

Abstract

Keterangan merupakan elemen penting dalam sesuatu perbicaraan. Keterangan yang mematuhi kaedah-kaedah yang ditentukan oleh syarak menentukan sama ada sesuatu dakwaan atau tuntutan itu berjaya ataupun gagal. Pihak-pihak yang bertikai tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengemukakan sebarang bentuk keterangan dalam membuktikan dakwaan atau tuntutan atau penafian. Islam telah menggariskan kaedah-kaedah pembuktian yang diterima dan diamalkan seperti bayyinah, syahadah, Iqrar, qarinah, keterangan dokumen, keterangan pakar, qasamah, sumpah dan li’an. Artikel ini akan mengkaji isu-isu yang berlaku yang berkaitan dengan kaedah pembuktian dalam kes hibah di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia. Tumpuan diberikan dalam kes hibah kerana ianya merupakan salah satu kes yang banyak dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang memfokuskan kepada kes-kes hibah yang dilaporkan dalam Jurnal Hukum. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembuktian melaui kesaksian dan qarinah selalu digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan kesahihan hibah yang telah dilakukan bertahun-tahun lamanya dan juga membuktikan wujudnya qabd (penerimaan) hibah tersebut. Selain, keterangan dokumen, ikrar dan sumpah  juga digunakan dalam membuktikan fakta-fakta berkaitan dengan kes hibah.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Qadir Idris. 2010. Al-Ithbat bilQara’in fi al-Fiqh al-Islami. Amman:Dar al-Thaqafah.

Ahmad Hidayat Buang, Undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Arbouna, Mohammed Burhan.1999. Islamic Law of Evidence: The Function of Official Documents in Evidence. Kuala Lumpur:Syarikat Nurulhas.

Jurnal Hukum. 2004. Jld 18, Bhg 1. Putrajaya:JKSM.

Jurnal Hukum. 2006. Jld 22, Bhg 2. Putrajaya:JKSM.

Jurnal Hukum. 2008. Jld 25, Bhg 1. Putrajaya:JKSM.

Khin, Mustafa al-. Mustafa al-Bugho, Ali al-Sharbaji. 1987. Al-Fiqh al-Manhaji. Dimashq:Matba’ah al-Sabah.

Mahmud Saedon Awang Othman. 1990. Undang-undang Keterangan Islam.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sayed Sikandar Shah Haneef.2003. Undang-undang Keterangan Islam. Terj. .Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara.

Sharbini, Muhammad al-Khatib al-.1995. Mughni al-Muhtaj. Jil.2. Beirut:Dar al-Fikr.

Siti Zalikhah Md Nor et al. 2006. Al-Syariah. Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. .

Zaini Nasohah et al.2010. Pendakwaan Kes Jenayah Syariah di Malaysia. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajain Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuhayli, Wahbah al-. 1989. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Jil.6. Dimashq:Dar al-Fikr.

Downloads

Published

2018-12-20

How to Cite

Moh Nor, A. H. (2018). KAEDAH-KAEDAH PEMBUKTIAN KES HIBAH DI MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA: RUJUKAN KES-KES DALAM JURNAL HUKUM. Malaysian Journal of Syariah and Law, 6(3), 31–40. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol6no3.134