TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP TANAH ADAT DAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN

Authors

  • Azman Ab Rahman et al

DOI:

https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no1.47

Keywords:

Tanah Adat, Amalan, Masyarakat, Adat Perpatih, Negeri Sembilan

Abstract

Tanah adat dan undang-undang tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam pewarisan harta mengikut adat perpatih yang memberikan amanah kepada kaum perempuan untuk mewarisi tanah adat. Namun, timbul persoalan tentang tahap pengamalan masyarakat terhadap undang-undang ini pada hari ini dan isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan undang-undang tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 525 orang sampel berdasarkan teknik prosedur pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat masih lagi tinggi. Namun, terdapat beberapa isu yang timbul di sepanjang perlaksanaan undang-undang ini. Masalah yang timbul berpunca sama ada di pihak pejabat tanah mahupun pengamal tanah adat itu sendiri. Implikasi kajian ini ialah dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap amalan dan isu-isu yang timbul berkaitan tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk menangani masalah-masalah yang timbul agar amalan tanah adat dan undang-undang tanah adat boleh dilaksanakan dalam suasana yang lebih harmoni.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Azman Ab Rahman et al

(Co-authors): Tengku Mansur bin Tengku Zainal Abidin, Lukman Abdul Mutalib, Syaryanti Hussin, Nabilah Yusof, Izawati Wook, Mohammad Zaharuddin Zakaria, Ahmad Zaki Salleh, Nawal Sholehuddin, Siti Selihah Che Hassan, Ahmad Anis Muhd Fauzi, Syed Mohd Najib Syed Omar, Che Zuhaida Saari, Nurfadhilah Che Amani

References

Amir Syarifuddin (1884). Perlaksanaan Hokum Kewarisan Islam dalam Lingkungan Adat Minangkabau.
Kothari, C.R. (2004). Research Methodology: Methods and Techniques. Delhi, India: New Age International Publisher
Nadzan Haron. (1990). “Perlaksanaan Peraturan Adat Dalam Sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan”, (JEBAT (20)
Nadzan Haron. (1997). Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800-1960. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan.
Nadzan Haron. (2010). Isu Tanah dalam Adat Perpatih dan Cadangan Penyelesaiannya. Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Nadzan Haron. Jemal Zainal Kasim & Khalid Bonget. (2010). Tanah Adat: Pemangkin Adat Perpatih Negeri Sembilan. Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Norhalim Ibrahim. (1984). Sistem Sosial Adat Negeri Sembilan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Adat Perpatih dan Wilayah Budaya Negeri Sembilan (Universiti Putra Malaysia, 3-5 Mei 1984).
Osman Lebar. (2007). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Maling, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sulaiman bin Kadimi (Mantan Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian Pusaka JKPTG Pahang dan Negeri Sembilan), Tanah Adat, Sekatan dan Perwarisannya, Seminar Adat Luak Inas (11 Julai 2013), diakses pada 19 Februari 2015.

Temubual
Dato’ Lela Mahajara Dato’ Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau di Balai Undang Luak Rembau pada 7 Julai 2015.
Datuk Menteri Sah Mangku Alam Sehari Tuan Haji Mohd Tirmizi bin Selamat, Pemangku Undang Luak Jelebu di Balai Undang Luak Jelebu pada 2 Julai 2015.
Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Faudzinaim bin Badaruddin, Profesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM di Fakulti Pengajian Islam, UKM pada 17 Ogos 2015.

Downloads

Published

2017-08-18

How to Cite

Ab Rahman et al, A. (2017). TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP TANAH ADAT DAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN. Malaysian Journal of Syariah and Law, 5(1). https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no1.47

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.