TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Syahirah Abdul Shukor Pensyarah Kanan

DOI:

https://doi.org/10.33102/mjsl.vol4no1.16

Abstract

Undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa bukanlah suatu konsep baru, dan ianya semakin mendapat tempat dalam polisi dan penggubal dasar berkaitan pentadbiran keluarga pada masa kini. Undang-undang mengenai tanggungjawab ibu bapa dianggap sebagai fenomena berkaitan dengan sejarah perundangan yang panjang di United Kingdom dan juga di Amerika Syarikat. Memandangkan kepada peningkatan bilangan wanita di Malaysia memasuki alam pekerjaan dan juga kadar perceraian yang dilaporkan semakin hari semakin bertambah di Malaysia, cabaran mendidik dan membesarkan anak oleh ibu bapa pada masa kini menjadi semakin sulit. Kebanyakan kajian sedia ada adalah berkaitan undang-undang tanggungjawab ibu bapa terhadap keadilan kanak-kanak atau juvana dalam kes jenayah. Namun begitu, masih belum banyak penyelidikan dilakukan dan membincangkan tentang apakah sebenarnya yang dikatakan undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia? Bagaimanakah harus undang-undang bertindak balas terhadap pertumbuhan pesat dan cabaran-cabaran berkembang dalam hal-hal kekeluargaan hari ini? Penggubal dasar dan polisi juga harus mengkaji pelbagai faktor seperti keluarga, sekolah, budaya popular, agama dan pengaruh media massa dalam merencanakan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan keluarga dan kanak-kanak. Artikel ini secara ringkas merujuk kepada falsafah dan ideologi di sebalik wujudnya undang-undang secara spesifiknya berkenaan tanggungjawab ibu bapa di bawah Undang-undang Inggeris. Dua aspek dibincangkan iaitu pertama, berkaitan dengan undang-undang berkenaan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak secara umum. Kedua, tanggungjawab ibu bapa terhadap pendidikan dan disiplin anak-anak di sekolah. Dalam menggariskan tanggungjawab ibu bapa di sisi undang-undang, penulis juga ingin menekankan keperluan untuk melihat dasar dan polisi yang menyokong ibu bapa dalam menjalani tanggungjawab mereka secara lebih positif, daripada menghukum ibu bapa dengan bertanggungjawab sepenuhnya akan perbuatan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang lalai menjalankan tanggungjawab mereka sehingga mengabaikan anak-anak mereka, pelbagai pendekatan harus diutarakan dan diperhalusi oleh penggubal polisi dalam menangani isu pengabaian tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 yang mengutarakan empat kandungan utama - Daftar Kanak-kanak, Perintah Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan kenaikan penalti  yang diwartakan pada akhir Julai 2016, diharapkan dapat memantapkan lagi perundangan berkaitan perlindungan kanak-kanak dan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia. Penulis juga mencadangkan agar undang-undang berkaitan tanggungjawab ibu bapa di Malaysia perlulah dirujuk kepada aspek Undang-undang Islam (bagi mereka yang beragama Islam). Manakala, bagi ibu bapa yang bukan Islam, tanggungjawab ibu bapa perlu dilihat daripada aspek adat budaya setempat yang masih diamalkan sehingga kini. Secara tidak langsung, polisi-polisi yang diperkenalkan akan memantapkan lagi Dasar Keluarga Negara yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada Disember 2010 dan Dasar dan Pelan Tindakan Kanak-kanak Negara (2012) mengikut acuan dan persekitaran di Malaysia.

Kata kunci: Tanggungjawab ibu bapa, Dasar Keluarga Negara dan Perlindungan Kanak-kanak

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Syahirah Abdul Shukor, Pensyarah Kanan

Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

References

Abdul Shukur Abdullah (2014) Dasar Agenda Negara: http://zahirzainudin.blogspot.my/2014/01/dasar-keluarga-negara-agenda-kestabilan.html
Anisah Che Ngah (1995) Penganiayaan Kanak-kanak: Satu Kajian Sosioperundangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Arthur, R. (2005) ‘Punishing Parents for the Crimes of their Children’, The Howard Journal, 44(3), July.
Asma Abdullah. (1996) Going Glocal, Cultural Dimensions in Malaysian Management. Kuala Lumpur: Malaysian Institute of Management.
Bridgeman, J (2007) Parental Responsibility, Young Children and Healthcare. UK: Cambridge University Press.
Chin, K.L. (2006) ‘Aiming to rope in parents to help tackle indiscipline. New Straits Time. 18th August.
Chin, K.L. (2006) ‘No topics taboo when teaching about sex. New Straits Times, 26th August.
Darshni, S. (2006) Talking about safe sex ‘does not promote sex’. New Straits Times, 23rd August.
Day- Sclater, S & Pipper, C. (2000) ‘Re-molising the Family? Family Policy, Family Law and Youth Justice,’ Child and Family Law Quarterly, 12 (2).
Diduck, A & Kaganas, F. (2006) Family law, Gender and the State, Text, Cases and Materials. Oxford and Portland: Oregan Hart Publishing.
Donnerstein, E (2002). ‘The Internet’, in C Strasburger, V and J Wilson, B. (2002). Children, adolescents and the Media, Thousand Oaks: Sage Publications.
Donselot, J. (1979) The Policing of Families: Welfare versus the State. London: Hutchinson.
Eekelaar, J. (1991) ‘Parental Responsibility: State of Nature or Nature of the State? The Journal of Social Welfare & Family Law, 37.
Eekelaar, J & Dingwall, J (1990) The Reform of Child Care Law: A Practical Guideto the Children Act 1989. Routledge: London and New York.
Feather, M. (2000) ‘Censorship, Cookies and Milk: Children and Protection on the Internet’, Di http://www.cqcm.org/kidsfirst/html/info/netkids.pdf, (Tarikh Akses1 June, 2016).
Flint, D. (2000) ‘The Internet and Children’s Rights: Suffer the Little Children’, Computer Law & Security Report, 16(2).
Freeman, M. (1983) The Rights and Wrongs of Children. London and Dover: Frances Pinter London: Frances Pinter
Jabatan Peguam Negara (2014) Kes-kes Kecuaian dan Pengabaian Kanak-kanak di Malaysia Di http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=2186 (Tarikh Akses 23 Ogos 2016)
Jal Zabdi Mohd Yusof and Zulazhar Tahir (2005) ‘Akta Kanak-kanak 2001: Penguatkuasaan Semula dan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Penjaga?’ Journal of Malaysian and Comparative Law, 6.
Lowe, N. and Douglas, G. (2007) Bromley’s Family Law, 10 edn. Oxford: Oxford University Press.
M.Hoover, S, et al. (2004) Media, Home and Family, New York and London: Routledge.
Mintz, S and Kellog, S. (1988). Domestic revolutions: A Social history of American Life. New York: The Free Press.
Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid (2016) Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak (Edisi Ketiga) Firdaus Press: Sri Kembangan.
N.a (2011) National Family Policy: A Shield to Family Institutions. The Star. http://www.mmail.com.my/content/66997-national-family-police-shielf-family-institutions-says-shahrizat. (Tarikh akses 19 March 2016).
N.a. ( 2006) Akta bolehkan ibu bapa dihukum dikaji, Utusan Malaysia. 25th July.
Noor Aziah Mohd Awal. ( 2002) ‘Child Act 2001: How Far Does it Conform to the UNCRC? in Siti Zaharah Jamaludin, et al, (eds) (2002). Siri Undang undang Mimi Kamariah. Akta Kanak-kanak 2001. Kuala Lumpur: University Malaya Press.
PISA 2009 (PISA: Programme for International Student Assessment – Program Pentaksiran Murid Antarabangsa), OECD.
Ost, S. (2004) ‘Getting the Grips with Sexual Grooming? The New Offence under the Sexual Offences Act 2003’ Journal of Social Welfare and Family Law, 26(2).
Sawyer, C. (2006) The child is not a person: family law and other legal cultures, The Journal of Social Welfare & Family Law, 28(1), March, pp. 1-14.
Stanley, J. (2001). Child Abuse and the Internet, Issues Child Abuse Prevention, Australian Institute of Family Studies, 15( Summer), pp.
Syed Khalid Rashid (1996) ‘Cohabitation as a Crime in Malaysia’, Current Law Journal, 1, p. i.
United Nations (1948) Universal Declaration on Human Rights. United Nations: Geneva
Winn, M. (2002). The Plug-In Drug, Television and Family Life, 25th Anniversary Ed), USA: Penguin Book.
Wu Min Aun. (2000) The Malaysian Legal System. Petaling Jaya: Longman.

Downloads

Published

2016-07-10

How to Cite

Abdul Shukor, S. (2016). TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK MENURUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA: SATU TINJAUAN AWAL. Malaysian Journal of Syariah and Law, 4(1). https://doi.org/10.33102/mjsl.vol4no1.16