WAKAF AHLI: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA

Main Article Content

Farhana Mohamad Suhaimi

Abstract

Wakaf ahli atau dikenali sebagai wakaf zuriat adalah harta atau manfaat yang diwakafkan oleh pewakaf (waqif) kepada penerima wakaf (mawquf alaih) iaitu seseorang atau lebih seorang daripada keturunan waqif bagi tujuan kebajikan. Wakaf ahli telah diamalkan sejak dahulu dalam kalangan para sahabat dan pemerintah Islam. Sebagai contoh wakaf ahli yang masih wujud sehingga hari ini adalah Wakaf Saidina Umar untuk keturunannya, begitu juga wakaf Saidina ‘Uthman. Namun, wakaf ahli di Malaysia semakin dipinggirkan memandangkan wujud kesukaran dalam menguruskannya walaupun jumlah bilangan wakaf ahli yang diuruskan adalah kecil. Artikel ini bertujuan melihat pelaksanaan wakaf ahli dari sudut perundangan di Malaysia dan pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual, kemudiannya data dianalisa secara tematik. Kajian ini mendapati peruntukan mengenai wakaf ahli adalah berbeza mengikut negeri. Hanya Enakmen Wakaf Negeri Perak yang mempunyai tafsiran khas kepada wakaf ahli. Rekod menunjukkan wakaf ahli paling awal di Kelantan adalah pada tahun 1921 dan hasil mawquf masih dapat dipelihara dan dinikmati oleh mawquf alaih bawah pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Ini menunjukkan bahawa wakaf ahli mempunyai keistimewaan tersendiri dalam memastikan kelangsungan manfaat kepada ahli keluarga yang merupakan mawquf alaih. Tambahan, pengurusan wakaf yang baik dapat memastikan mawquf dibangunkan dan manfaat darinya terus berkembang untuk kebaikan masyarakat

Article Details

How to Cite
SUHAIMI, Farhana Mohamad. WAKAF AHLI: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA. Malaysian Journal of Syariah and Law, [S.l.], v. 8, n. 1, p. 73-81, nov. 2018. ISSN 2590-4396. Available at: <http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/145>. Date accessed: 12 dec. 2018.
Section
Articles

References

Abd al-Aziz Fawzan. (2013). Anwa‘ al-Waqf, Risalah al-Islam. Rujuk http://fiqh.islammessage.com/NewsDetails.aspx?id=6863
Abdullah Basmeih (1995). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran (30 Juz). Cet. ke-6. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
al-Ghamrāwī, Muḥammad al-Zuhrī (2005). al-Sirāj al-Wahhāj: Sharḥ ‘alā Matan Minhāj al-Ṭālibin. Cet ke-4. Bayrūt: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah
al-Khaṭīb al-Sharbīnī (t.w 977H), Shams al-Dīn Muhammad bin Muhammad. (1978). Mughnī al-Muhtāj ’ilā Ma‘rifah Ma‘ānī Alfāz al-Minhāj al-Ṭālibīn, Jil.2, Bayrūt: Dār al-Fikr
Bukhārī, Muhammad bin Ismā‘il (t.w 852H). Sahīh Bukhārī, Bayrūt: Dār Ihyā’ al-Thurāth al-‘Arabī
Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar & Nor Jawanees Ahmad Hanafiah. (2016). Impak Peruntukan Undang-Undang Kepada Pelaksanaan Pengurusan Wakaf Di Malaysia. Proceeding: Language, Education, & Civilisation International Conference/LECIC2016
Fadwa Arshid Ali. (2011). Dirasah Fiqhiyah Muqaranah. Tesis Ijazah Kedoktoran. Jamiah al-Ulum al-Islamiyah al-Alamiyah, Amman, Jordan. Rujuk https://tslibrary.org/wp-content/uploads/2016/10/الوقف-الذري-وتطبيقاته-المعاصرة-دراسة-فقهية-مقارنة-فدوى-أرشيد-العلاوين.pdf
International Islamic Fiqh Academy. http://www.iifa-aifi.org/2157.html
Isa Zaki (1995). Mujiz Ahkam al-Waqf. Kuwait: Kuwait Awqaf Public Foundation
Kamus Dewan (2007). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Cet. ke-2
Laporan Ketua Audit Negara-Terengganu Tahun 2014 Siri 3. https://www.audit.gov.my/docs/BM/4Laporan%20Ketua%20Audit%20Negara/2Negeri/Terengganu/11.TERENGGANU04.pdf
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). http://www.e-maik.my/portal/index.php/ms/premis-wakaf#
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). http://e-maik.my/mobileportal/v2/2015/09/07/majlis-penyampaian-sumbangan-hasil-wakaf-tengku-kaya-pahlawan/
Muslim, Abū al-Ḥusīn Muslim al-Ḥujjāj al-Qushaīrī al-Nisāburī (t.w 261H), Ṣaḥīḥ Muslim., Bayrūt: Dār Ihyā’ al-Thurāth al-‘Arabī
Shakirah Mohamad, Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dalam temu bual dengan penulis, Bilik Mesyuarat Pegawai Wakaf, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kompleks Balai Islam, Lundang, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, 24 Jun 2018, pukul 9 pagi