KONSEP AL-ADAH MUHAKKAMAH DALAM PEWARISAN TANAH ADAT MENURUT ADAT PERPATIH DI MALAYSIA
THE CONCEPT OF AL-ADAH AL-MUHAKKAMAH IN THE INHERITANCE OF CUSTOMARY LAND ACCORDING TO ADAT PERPATIH IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no2.67Keywords:
Adat Perpatih, Pewarisan, Tanah Adat, Negeri SembilanAbstract
Adat Perpatih merupakan salah satu adat yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia khususnya sebahagian besar masyarakat di Negeri Sembilan dan sekelompok kecil masyarakat di Melaka. Adat Perpatih berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang menjaga kawasan tanah sebelah darat dan diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. Adat ini dibawa ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau pada kurun ke-17. Namun begitu, masih terdapat kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat berkenaan beberapa amalan adat Perpatih yang dianggap bercanggah dengan syarak. Di antara amalan yang menjadi isu perbualan hangat di kalangan masyarakat ialah isu pembahagian Tanah Adat di Negeri Sembilan atau di kalangan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih. Amalan pembahagian ini dikatakan bercanggah dengan Islam kerana tidak mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak menerusi kaedah Faraidh. Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan menunjukkan fakta kurang tepat seperti yang beredar di masyarakat dan ia perlu diperbetulkan. Kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat awam terhadap amalan adat ini telah menyebabkan anggapan bahawa amalan tersebut salah di sisi Syarak. Kajian dan penelitian secara terperinci perlu dijalankan sebelum menghukum sama ada sesuatu perkara itu dibenarkan ataupun sebaliknya. Justeru, artikel ini akan menganalisis dan meneliti secara mendalam berkenaan isu pewarisan tanah Adat dan kaitannya dengan konsep Al-Adah Muhakkamah. Metodologi yang digunakan adalah kajian kepustakaan yang menganalisis data-data secara deskriptif. Selain itu metode perbandingan juga akan digunakan untuk membandingkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang menyelidik, mengkaji dan menulis dalam isu ini. Hasil kajian mendapati bahawa amalan pewarisan tanah Adat ini bertepatan dengan konsep Al-Adah Muhakkamah berdasarkan kepada analisis yang telah dibuat. Secara dasarnya, amalan tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa ia salah di sisi Islam kerana tidak terdapat dalil (nas) atau bukti yang mengharamkannya.
Downloads
References
Abdul Halim bin Zulkifli. 1989. Pembahagian Pusaka di Kalangan Masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan : Satu Kajian Kes-Kes Pusaka Menurut Adat dan Faraid. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Muhammad Az-Zarqa. 2012. Syarah Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah. Damsyik: Dar al-Qalam.
Azima Abdul Manaf. 2009. Masalah dan Cabaran Tanah Adat Minang di Dunia Melayu Malaysia dan Indonesia. Geografia OnlineTM Malaysia Journal of Society and Space 5 issue 1: 69-78. http://www.ukm.my/geografia/images/upload/7.2009-1-azima%20abdul%20manaf-melayu-3.pdf ( 2 Mei 2017).
Firdauska Darya Satria. 2015. Meninjau Kaidah Al-Adah Muhakkamah sebagai Bagian Dari Urf Adat Kebiasaan Pada Masyarakat Sebagai Dalil Syariah. https://www.academia.edu/19975050/meninjau_kaidah_al-_%C3%82dah_muhakkamah_sebagai_bagian_dari_urf_Adat_Kebiasaan_Pada_Masyarakat_Sebagai_Dalil_Syariah (3 Mei 2017)
Habyb Mudzkir. 2014. al-Adatu Muhakkamah. https://habyb-mudzakir-08.blogspot.my/2014/04/al-adatu-muhakkamah.html (3 Mei 2017)
Hajah Makiah Tussaripah Hj Jamil dan Jamaliah Mohd Taib. 2012. Kajian Adat Perpatih Di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam. Kertas kerja Konferensi Membongkar Rahsia Pendidikan Islam. https://www.researchgate.net/publication/301893435 (akses: 3 MEI 2017).
M.Maulana Hamzah, Rahmat Budiman, Yudi Yudiana. t.th. al-Adah Mukakkamah (Adat yang menjadi hukum). https://www.academia.edu/9567790/aL-Adaah_Muhakkmah_Adat_yang_Menjadi_Sumber_Hukum_(3 Mei 2017)
Jabatan Mufti Negeri Sembilan. 2016. Pewarisan Tanah Adat: Kebenaran Pelaksanaannya
Menurut Islam. Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaludin. t.th. Hak Pusaka Wanita: Antara Ketetapan Syarak dan Dinamisme Budaya Setempat. https://www.academia.edu/4407256/Hak_Pusaka_Wanita_Antara_Ketetapan_Syarak_Dan_Dinamisme_Budaya_Tempatan (4 Mei 2017)
Norhalim Hj Ibrahim. 2001. Tanah Adat Dulu, Kini dan Akan Datang. Warisan: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan. 25: 54-91 (atas talian) http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00243.pdf (2 Mei 2017).
Portal Rasmi JKPTG, http://www.kptg.gov.my/ms/content/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-tanah-adat-customary-land (akses: 3 Julai 2017)
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2017 Setiyawan Gunardi, Mualimin Mochammad Sahid, Amir Husin Mohd Nor, Azman Ab. Rahman, Muneer Ali Abdul Rab, Mahmoud Mohamed Ali, Fithriah Wardi, Nik Rahim Nik Wajis, Mohamad Ikwan Hami
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.