SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA

Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi and His Stand Towards the Issue of Inheritance According to Practice of Adat Minangkabau: A Comparative Study Pertaining to Customary Land (Tanah Adat) Issue in Malaysia

Authors

  • Mualimin Mochammad Sahid Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.33102/mjsl.v6i1.109

Keywords:

Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi, Tanah Adat, Minang, Perpatih

Abstract

Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang insan agung yang menjadi ikon ulama’ besar di Nusantara. Beliau bukan sahaja dihormati oleh masyarakat Minang dan Nusantara, malah juga disegani oleh seluruh masyarakat dunia khususnya penduduk Mekah pada awal abad ke-19 dan akhir abad ke-20. Ini berikutan kedudukan beliau sebagai Imam dan Khatib Mazhab Syafi’ie dan Mufti Syafi’iyyah yang dilantik sebagai rujukan umat berkenaan hukum-hakam yang menjadi pertikaian di kalangan ulama’ tempatan semasa beliau berkhidmat. Berkaitan isu pembahagian harta pusaka dalam amalan adat Minangkabau, Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi mempunyai pandangan yang berbeza dengan ulama’ lain. Pendirian inilah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan tanah airnya sendiri dan bermastautin di Mekah sebagai satu tanda protes tidak bersetuju dengan amalan pembahagian harta pusaka di kalangan masyarakat Minang. Mengikut amalan adat, pembahagian harta pusaka dalam masyarakat Minang diagihkan berdasarkan jurai keturunan sebelah perempuan yang dikenali sebagai sistem matrilineal. Beliau berpendapat amalan ini bercanggah dengan hukum Allah yang mensyariatkan umat Islam supaya mematuhi hukum syarak dengan menggunakan Faraid sebagai penyelesaian terhadap isu pembahagian harta pusaka. Menerusi kaedah analisa dan perbandingan, artikel ini akan membincangkan tokoh agamawan terkenal ini dan hujah-hujah serta alasan pendirian beliau berkenaan isu pembahagian harta pusaka dalam amalan adat masyarakat Minangkabau. Selain itu kajian ini juga akan menganalisa pandangan tersebut dan membuat perbandingan dengan pembahagian harta pusaka (tanah adat) yang diamalkan masyarakat adat Perpatih di Malaysia. Hasil kajian mendapati pandangan Syeikh Khatib al-Minangkabawi Syeikh menjadi satu rujukan kepelbagaian pandangan fiqh tentang hukum pewarisan di kalangan masyarakat adat Minang. Ramai kalangan yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau, namun tidak sedikit juga yang mengambilnya kerana hujah dan alasan yang dikemukakan. Walaubagaimanapun, kalangan ulama yang mengharuskan perwarisan adat Minang menjelaskan bahawa keharusan perwarisan ini adalah berdasarkan kepada kategori harta yang diwariskan, iaitu harta pusaka yang berupa pusaka tinggi (tanah adat), kerana jenis harta ini adalah bukan hak milik mutlak kepada individu, tetapi ia adalah milik bersama suku di dalam masyakat adat. Oleh yang demikian, pembahagian warisan tanah adat sama ada dalam amalan adat Minang mahupun adat Perpatih adalah bertepatan dengan dalil syarak iaitu uruf atau adat.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Akhria Nazwar. (1983). Syekh Ahmad Khatib, Ilmuwan Islam di Permulaan Abad ini. Jakarta: Panjimas.
Az-Zarqani. (1989). Mukhtasarul Maqasidil Hasanah Fi Bayani Kathirin Minal Ahadithil Musytaharah ‘Alal Alsinah. Beirut: Al-Maktabul Islami.
Firdauska Darya Satria. (2015). Meninjau Kaidah Al-Adah Muhakkamah sebagai Bagian Dari Urf Adat Kebiasaan Pada Masyarakat Sebagai Dalil Syariah. https://www.academia.edu/19975050/MENINJAU_KAIDAH_AL_%C3%82DAH_MUHAKKAMAH_SEBAGAI_BAGIAN_DARI_URF_Adat_Kebiasaan_Pada_Masyarakat_Sebagai_Dalil_Syariah. (3 Mei 2017)
Hajah Makiah Tussaripah & Jamaliah Mohd Taib. (2016). Kajian Adat Perpatih Di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam. Research Gate. Dimuat turun pada 4 Februari 2017 dari https://www.researchgate.net/publication/301893435.
Hamka. (2006). Islam dan Adat Minangkabau. Shah Alam: Pustaka Dini. Jabatan Mufti Negeri Sembilan. 2016. Pewarisan Tanah Adat: Kebenaran Pelaksanaannya Menurut Islam. Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Mat Rofa Ismail. (2017). Biografi Agung Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Mochammad Sahid, Mualimin et al, (2017). Perwarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia Dalam Adat Perpatih: Satu Tinjauan Syarak. Malaysian Journal of Syariah and Law, [S.L.], V. 5, N. 1, Aug. 2017. Issn 2590-4396. Available at: <http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/44>. Diakses pada: 28 Mei 2018.
Muhammad Aunurrochim Mas’ad Saleh et al. (2016). Justifikasi Hukum Syarak Ke Atas Amalan Adat Perpatih Dalam Pewarisan Tanah Adat/Ulayat Di Indonesia Dan Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Nadzan Haron. (1997). Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800-1960. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Muzium Negeri Sembilan.
Zulhimma. (2013). Syekh Ahmad Khatib Al-Minangkabawi; Pengaruhnya terhadap Gerakan Dakwah Islam di Indonesia.
Gunardi, Setiyawan, Sahid et al. (2017). Konsep Al-‘Adah Muhakkamah Dalam Pewarisan Tanah Adat Menurut Adat Perpatih Di Malaysia. Malaysian Journal of Syariah And Law, [S.L.], V. 6, P. 161-177, Dec. 2017. Issn 2590-4396. Available at: http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/67. Diakses pada: 28 Mei 2018.

Published

2018-06-06

How to Cite

Mochammad Sahid, M. (2018). SYEIKH AHMAD AL-KHATIB AL-MINANGKABAWI DAN PENDIRIANNYA TERHADAP PEWARISAN HARTA DALAM ADAT MINANGKABAU: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN ISU TANAH ADAT DI MALAYSIA: Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi and His Stand Towards the Issue of Inheritance According to Practice of Adat Minangkabau: A Comparative Study Pertaining to Customary Land (Tanah Adat) Issue in Malaysia. Malaysian Journal of Syariah and Law, 6(1), 143–159. https://doi.org/10.33102/mjsl.v6i1.109