PEMERKASAAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR MENGIKUT UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA
EMPOWERMENT OF THE FAMILY SUPPORT DIVISION OF THE SELANGOR STATE SYARIAH JUDICIARY DEPARTMENT UNDER SYARIAH LAW IN MALAYSIA
DOI:
https://doi.org/10.33102/mjsl.vol13no2.724Keywords:
Enforcement, implementation, family support division, order, maintenance, penguatkuasaan, pelaksanaan, Bahagian Sokongan Keluarga, perintah, naskahAbstract
The issue of non-compliance in paying maintenance is one that often arises in marriage, especially after divorce. Ideally, such issues should not occur to the extent that intervention from the Shari‘ah Court is required to compel a father to support his own child. Due to the severity of this problem, the authorities have taken the initiative to establish the Family Support Division (BSK) under the Malaysian Shari‘ah Judiciary Department (JKSM). The BSK was established as a result of the 46th National Council Conference of Malaysian Islamic Religious Affairs held on 7 June 2007 in Putrajaya, chaired by Malaysia’s fifth Prime Minister, Tun Abdullah Ahmad Badawi. However, the question arises as to whether the BSK, along with its functions and implementation, needs to be gazetted to be effective in the Shari‘ah Courts, or whether a specific provision should be added to the Administrative Act/Enactment to demonstrate its source of authority. This study aims to identify the functions and roles of the BSK in the procedure for implementing and enforcing maintenance orders, analyse the problems faced by the BSK in enforcing current or outstanding orders, and propose solutions to these issues. The research adopts a qualitative methodology, with data collected from primary and secondary sources such as judicial books, religious texts, theses, and relevant journal articles. A total of five officials were interviewed. The findings indicate weaknesses in the legal aspects relating to the establishment of the BSK. Further studies may be undertaken to examine the need for drafting or amending laws to empower the Family Support Division in Malaysia, including the enactment of new legislation on enforcement procedures and the execution of orders in the Shari‘ah Courts, to achieve its objectives.
Abstrak
Isu pengabaian nafkah merupakan perkara yang sering berlaku sama ada dalam perkahwinan, apatah lagi setelah berlakunya perceraian. Sepatutnya, tidak wajar timbul isu pemberian nafkah sehingga memerlukan campur tangan pihak lain seperti Mahkamah Syariah untuk memerintahkan seorang bapa menyara anaknya sendiri. Melihat kepada keruncingan masalah pengabaian perintah mahkamah berkaitan pemberian nafkah, pihak berkuasa sekali lagi mengambil inisiatif dengan menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). BSK ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-46 pada 7 Jun 2007 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh mantan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Persoalannya, adakah BSK, termasuk amalan dan pelaksanaannya, perlu diwartakan bagi mengesahkan penggunaannya di Mahkamah Syariah, atau perlu diwujudkan satu peruntukan khusus di dalam Akta/Enakmen Pentadbiran untuk menunjukkan punca kuasanya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti fungsi dan peranan BSK dalam prosedur pelaksanaan serta penguatkuasaan perintah nafkah, menganalisis permasalahan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang dihadapi BSK dalam menguatkuasakan perintah nafkah atau perintah nafkah tertunggak, serta mencadangkan penyelesaian terhadap setiap permasalahan tersebut. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif. Data dikumpulkan daripada sumber primer dan sekunder seperti buku berkaitan kehakiman, jurnal, kitab turath, kajian ilmiah melalui tesis, dan artikel jurnal yang relevan. Sebanyak lima orang pegawai telah ditemu bual oleh penulis. Hasil kajian mendapati terdapat kelemahan dari segi undang-undang berhubung penubuhan BSK. Kajian lanjut boleh dijalankan untuk meneliti keperluan penggubalan atau pindaan undang-undang ke arah memperkasakan Bahagian Sokongan Keluarga di Malaysia, atau menggubal perundangan baharu yang melibatkan prosedur penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah, agar pembayaran nafkah yang diperintahkan oleh mahkamah dapat mencapai objektifnya.
Downloads
References
Ahmad Ibrahim. (1999). Undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn. Bhd.
Ali, M. N. M. (2021). Peranan bailif dalam penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah: Perspektif maqasid al-shari’ah. Dalam Undang-undang keluarga Islam di Malaysia: Teori, amalan dan pelaksanaan (halaman 380–396). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Arifin @ Mohd Rifin, M. H. (2021). Fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah Bahagian Sokongan Keluarga menurut Maqasid al-Shari’ah: Keberkesanannya di Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Dalam Undang-undang keluarga Islam di Malaysia: Teori, amalan dan pelaksanaan (halaman 328–352). Kuala Lumpur: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Awal, N. A. M. (2003). Kajian kes tertangguh di Mahkamah Syariah Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan: Satu kajian perbandingan dengan Mahkamah Sivil (Tesis sarjana). Universiti Kebangsaan Malaysia.
Awal, N. A. M. (2005). Kajian perlaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia 2001–2005. Kuala Lumpur: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Awal, N. A. M. (2005). Perlaksanaan perintah nafkah isteri dan anak di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Awang, I. (2001). Kaedah penyelidikan: Suatu sorotan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Che Hasan, N. A., Md Said, M. H., & Hashim, F. Y. (2024). Konsep tanggungjawab keibubapaan di Malaysia: Analisis perundangan literatur. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 36(1), 41–62.
Daud b. Muhammad, (2002). Nafkah: Permasalahan dan penyelesaian. Dalam Kertas kerja seminar keperluan manual mengenai undang-undang keluarga Islam (halaman 11). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Hamid, M. S. A., Said, Z., & Saad, J. M. @ Mat Saud. (2021). Tindakan saman penghutang penghakiman: Analisis Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah. Jurnal Hukum, 51(2), 418–425.
Ismail, M. H. (2022). Pelaksanaan waran tangkap oleh pihak polis dalam kes tunggakan nafkah di Mahkamah Syariah. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 30, 51–60.
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. (2020). Laporan tahunan JKSM 2020: Unit penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah (Laporan tahunan). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. (2022). Statistik penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah 2020–2021 (Laporan tahunan). Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. (2022). Laporan statistik kes nafkah 2020–2021 (Laporan tahunan). Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Jazilah, M. S. @ Mat Saud, Afridah, A., Noraini, H., & Sodah, W. (2020). Mekanisma penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah orang Islam: Sistem berasaskan mahkamah. IIUM Law Journal, 21(2), 183–208.
Jazilah, M. S. @ Mat Saud, Sidin, M. A. F., & Ambaras Khan, H. (2020). Penggunaan mediasi di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) (2010–2020): Satu analisa. Dalam Prosiding persidangan antarabangsa undang-undang Islam 2020 (halaman 408–416). Kuala Lumpur: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Md Abdul Salam, N. Z., & Mohd Khatib, N. S. (2020). Isu tunggakan nafkah: Keperluan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Journal of Muwafaqat, 3(1), 38–51.
Mohd Zain, N. (2007). Nafkah ‘iddah dan mut’ah. Dalam Undang-undang keluarga Islam (halaman 174). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar, M. F., Ahmad Maulana, S. F., Jamil, S. A., & Azaimi Apandi, M. F. (2021). Jenis-jenis penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan: Satu pengenalan. Dalam Undang-undang keluarga Islam di Malaysia: Teori, amalan dan pelaksanaan (pp. 308–326). Kuala Lumpur: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Nasohah, Z. (2007). Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah: Kajian di Mahkamah Syariah Selangor (1999–2004) (Tesis Doktor Falsafah). Universiti Malaya.
Nasohah, Z. (2009). Cabaran penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah Negeri Selangor dari perspektif peguam syarie Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 13, 115–128.
Nasohah, Z., & Tapah, S. (2001). Analisis pelaksanaan prosiding saman penghutang penghakiman dalam penguatkuasaan perintah pembayaran nafkah: Kajian kes Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, 15, 43–52.
Noah, S. M. (2000). Reka bentuk penyelidikan: Falsafah, teori dan praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Omar, A. (2003). Isu-isu utama berhubung prosedur perbicaraan di Mahkamah Syariah. Dalam Kertas kerja seminar ke arah memperkemaskan undang-undang keterangan dan prosedur di Mahkamah Syariah (halaman 4–9). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Kerajaan Negeri Sembilan.
Salleh, A., Kamaruddin, S. A., & Jazilah, M. S. @ Mat Saud. (2021). Pelaksanaan prosiding hiwalah: Pengalaman Bahagian Sokongan Keluarga. Dalam Undang-undang keluarga Islam di Malaysia: Teori, amalan dan pelaksanaan (halaman 397–406). Kuala Lumpur: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Sulaiman, S. (2002). Penguatkuasaan perintah Mahkamah Syariah berkenaan kes-kes kekeluargaan Islam. Dalam Kertas kerja seminar keperluan manual mengenai undang-undang keluarga Islam (halaman 7–8). Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia & Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Yaacob, A. M. (2000). Undang-undang keluarga Islam dan wanita di negara-negara ASEAN. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Zamburi, H. (2012). Bibliografi Khalifah Umar al-Khattab. Selangor: Al-Hidayah Publication.
Zin, N. M. (2007). Undang-undang keluarga (Islam). Dalam Siri perkembangan undang-undang di Malaysia (halaman 1–359). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Downloads
Published
Issue
Section
Categories
License
Copyright (c) 2025 Siti Madihah Ruzmi, Asma Hakimah Ab Halim, Fatimah Yusro Hashim

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.