TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: UNDANG-UNDANG, PELAKSANAAN DAN REALITI

Main Article Content

Izawati Wook et al

Abstract

Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam sistem pewarisan harta mengikut Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan secara turun-temurun sehingga ke hari ini. Amalan undang-undang tanah adat yang sedia ada, hanya waris wanita sahaja yang dibenarkan untuk memiliki tanah adat. Hal ini adalah untuk memelihara kaum wanita daripada hidup berpelesiran sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai penyambung keturunan. Namun timbul persoalan berkaitan tahap kefahaman masyarakat pada masa kini terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat yang diamalkan. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat di daerah Rembau, Kuala Pilah dan Tampin, Negeri Sembilan terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian ini menggabungkan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan dokumentasi, temubual dan kaji selidik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang dikalangan generasi muda. Implikasi kajian ini ialah dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat menurut Syarak. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat sama ada melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ataupun pihak-pihak tertentu.

Article Details

How to Cite
WOOK ET AL, Izawati. TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN: UNDANG-UNDANG, PELAKSANAAN DAN REALITI. Malaysian Journal of Syariah and Law, [S.l.], v. 5, n. 1, aug. 2017. ISSN 1985-7454. Available at: <http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/48>. Date accessed: 21 sep. 2017.
Section
Articles

References

Alatas, S. H. (1977). The Myth of the Lazy Native: A Study of the Image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th Century and Its Function in the Ideology of Colonial Capitalism. London: Frank Cass.
Azima, A. M. (2011). Idle Agriculture Land Resources Management and Development – An Institutional Causes: A Case Study in Malaysia Interdisciplinary. Journal of Research in Business, 1(8), 21-27.
Haron, N. (1992). Perlaksanaan Peraturan Adat Dalam Sistem Pemtadbiran Tanah di Negeri Sembilan. JEBAT, 20, 43-55.
Haron, N. (1997). Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800 - 1900. Seremban: Muzium Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan.
Ibrahim, N. (2002). Tanah Adat, Dulu, Kini dan Akan Datang. Warisan Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, 65.
Idris, A. S., Hussin, N., & Yussof, I. (2015). Perlaksanaan Customary Tenure Enactment (CTE) Zaman Kolonial dan Kesannya ke atas Pentadbiran Tanah Adat di Negeri Sembilan (1921-1940). Kajian Malaysia (Malaysian Studies), 33(1), 67-92.
Jamil, M. T., & Taib, J. H. M. (2012). Kajian Adat Perpatih Di Negeri Sembilan: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam. Dalam N. Zainal, A. R. A. Kadir, M. S. A. Latof, S. A. Omar, & M. Z. M. Zin (Eds.), Membongkar Rahsia Pendidikan Islam (pp. 619-624). Bandar Seri Begawan: Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Kadimi, S. (2015). Pemahaman dan Pengamalan Tanah Adat di Negeri Sembilan. Kertas kerja yang dibentangkan di Kolokium Tanah Adat Negeri Sembilan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
Manaf, A. A. (2009). Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia Melayu Malaysia dan Indonesia. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 5(1), 69 - 78.
Rahman, A. A., Wook, I., Sholehuddin, N. b., Amani, N. C., Hassan, S. S. C., Mutalib, L. A., . . . Fauzi, A. A. M. (2015). Persepsi dan pengamalan masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat: Kajian di Negeri Sembilan Darul Khusus. Nilai: Penerbit USIM.
Rahman, N. A. A. (2006). Colonial Image of Malay Adat Laws: A Critical Appraisal of Studies on Adat Laws in the Malay Peninsula during the Colonial Era and Some Continuities. Leiden: Brill.