AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN

Authors

  • Mohammad Zaharuddin Zakaria et al

DOI:

https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no1.52

Keywords:

Tanah Adat, Amalan, Masyarakat, Adat Perpatih, Negeri Sembilan

Abstract

Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam pewarisan harta mengikut adat perpatih yang memberikan amanah kepada kaum perempuan untuk mewarisi tanah adat. Namun, sejauh manakah pengamalan masyarakat di Negeri Sembilan ini terhadap tanah adat? Apakah isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan adat ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan dalam pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undang-undang tanah adat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 525 orang sampel berdasarkan teknik prosedur pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan berkaitan pewarisan tanah adat masih lagi tinggi disamping perlaksanaan undang-undang tanah adat yang terus berjalan sehingga kini . Namun, terdapat beberapa isu yang timbul di sepanjang perlaksanaan undang-undang ini. Masalah yang timbul berpunca sama ada daripada pihak pejabat tanah mahupun pengamal tanah adat itu sendiri. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap amalan serta isu-isu yang timbul berkaitan tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk menangani masalah-masalah yang timbul agar amalan pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undang-undang tanah adat boleh dijalankan dengan lebih berkesan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Mohammad Zaharuddin Zakaria et al

(Co-authors): Nabilah Yusof, Tengku Mansur bin Tengku Zainal Abidin, Lukman Abdul Mutalib, Syaryanti Hussin, , Izawati Wook, Ahmad Zaki Salleh, Nawal Sholehuddin, Siti Selihah Che Hassan, Ahmad Anis Muhd Fauzi, Syed Mohd Najib Syed Omar, Che Zuhaida Saari, Nurfadhilah Che Amani, Azman Ab Rahman

References

Amir Syarifuddin, Perlaksanaan Hokum Kewarisan Islam dalam Lingkungan Adat Minangkabau, (1884)
Kothari, C.R, Research Methodology: Methods and Techniques. (Delhi, India: New Age International Publisher, 2004)
Nadzan Haron, “Perlaksanaan Peraturan Adat Dalam Sistem Pentadbiran Tanah di Negeri Sembilan”, (JEBAT (20), 1990)
____________, Isu Tanah dalam Adat Perpatih dan Cadangan Penyelesaiannya, (Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 2010)
____________, Pemilikan dan Pentadbiran Tanah Adat 1800-1960, Negeri Sembilan: (Jawatankuasa Penyelidikan Budaya, Muzium Negeri, Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan, 1997)
Nadzan Haron, Jemal Zainal Kasim dan Khalid Bonget, Tanah Adat: Pemangkin Adat Perpatih Negeri Sembilan, (Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, 2010)
Norhalim Ibrahim, Sistem Sosial Adat Negeri Sembilan, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Adat Perpatih dan Wilayah Budaya Negeri Sembilan (Universiti Putra Malaysia, 3-5 Mei 1984)
Osman Lebar, Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. (Tanjung Maling, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2007)
Sulaiman bin Kadimi (Mantan Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian Pusaka JKPTG Pahang dan Negeri Sembilan), Tanah Adat, Sekatan dan Perwarisannya, Seminar Adat Luak Inas (11 Julai 2013), diakses pada 19 Februari 2015.

Downloads

Published

2017-08-18

How to Cite

Zakaria et al, M. Z. (2017). AMALAN PEWARISAN TANAH ADAT BERDASARKAN UNDANG-UNDANG TANAH ADAT DI KALANGAN MASYARAKAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN. Malaysian Journal of Syariah and Law, 5(1). https://doi.org/10.33102/mjsl.vol5no1.52